Event Title
Program AITS 2 @ JSL 2025 Sesi Inspirasi Tentang: "Memupuk Masa Depan Melalui Reka Bentuk
Date
22 May 2025 - 22 May 2025
Location
Dewan Rekabentuk, Fakulti Rekabentuk & Senibina, UPM
Event Summary
Program AITS 2 @ JSL 2025 Sesi Inspirasi Tentang: "Memupuk Masa Depan Melalui Reka Bentuk: Mencipta Ruang untuk Manusia, Alam Semula Jadi dan Komuniti"yang telah berlangsung pada 22 Mei 2025 (Khamis), jam 9.30 pagi bertempat di Dewan, FRSB, telah berjalan dengan lancar dan penuh inspirasi.
Sesi ini telah membuka ruang perkongsian ilmu antara akademia dan industri dalam usaha meneroka peranan reka bentuk dalam membentuk persekitaran yang mesra manusia, menghargai alam semula jadi, dan menyatukan komuniti.
Terima kasih diucapkan kepada penceramah, LAr. Phua Chin Eng, Profesor Adjung dari Jabatan Seni Bina Landskap, UPM, pelajar dan warga FRSB yang telah menjayakan program ini.
Semoga segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam membina masa depan yang lebih lestari dan inklusif.
Updated:: 23/05/2025 [marini]