Majlis Jamuan Perpisahan Sempena Persaraan YM Prof. Madya Ts. Dr. Raja Ahmad Azmeer Raja Ahmad Effendi, Serta Sambutan Staf Baharu Dan Staf Yang Menerima Cahaya Mata | FACULTY OF DESIGN AND ARCHITECTURE frsb
» ACTIVITIES » ACADEMIC REQUIREMENT

Event Title
Majlis Jamuan Perpisahan sempena Persaraan YM Prof. Madya Ts. Dr. Raja Ahmad Azmeer Raja Ahmad Effendi, serta Sambutan Staf Baharu dan Staf yang Menerima Cahaya Mata
Date
27 Oct 2025 - 27 Oct 2025
Time
03.00 - 05.00
Location
bilik Inspireka Fakulti Rekabentuk dan Senibina
Event Summary
Serdang, 27 Oktober 2025 – Fakulti Rekabentuk dan Senibina (FRSB), Universiti Putra Malaysia telah menganjurkan Majlis Jamuan Perpisahan sempena Persaraan YM Prof. Madya Ts. Dr. Raja Ahmad Azmeer Raja Ahmad Effendi, serta Sambutan Staf Baharu dan Staf yang Menerima Cahaya Mata bertempat di Bilik Inspireka, FRSB. Majlis yang bermula pada jam 3.00 petang itu dihadiri oleh warga fakulti dalam suasana penuh mesra dan harmoni. Majlis ini diadakan bagi meraikan jasa dan sumbangan YM Prof. Madya Ts. Dr. Raja Ahmad Azmeer sepanjang tempoh perkhidmatan beliau di fakulti serta menyampaikan penghargaan atas dedikasi dan komitmen yang diberikan selama ini. Dalam masa yang sama, majlis turut meraikan kehadiran staf baharu ke dalam keluarga besar FRSB serta memberi penghargaan kepada staf yang baru menimang cahaya mata sebagai tanda sokongan dan kebersamaan warga fakulti. Pelbagai aktiviti santai turut diadakan bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara warga fakulti. Suasana majlis yang meriah dan penuh keceriaan jelas menggambarkan semangat kekeluargaan dan kebersamaan yang menjadi tunjang kepada keharmonian di FRSB. Pihak fakulti merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Semoga hubungan baik dan semangat kerjasama antara warga fakulti terus berkekalan serta menjadi pemangkin kepada kecemerlangan FRSB pada masa hadapan.

Updated:: 29/10/2025 [marini]

FACULTY OF DESIGN AND ARCHITECTURE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397694090
0389480017
X, (05:22:34am-05:27:34am, 15 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]