Event Title
Sesi Audit Pengekalan Program Pengajian bagi program Bacelor Seni Bina Landskap dengan Kepujian.
Date
10 Jun 2026 - 10 Jun 2026
Event Summary
SERDANG, 10 Jun 2026 – Fakulti Rekabentuk dan Senibina (FRSB), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah melaksanakan Sesi Audit Pengekalan Program Pengajian bagi program Bacelor Seni Bina Landskap dengan Kepujian.
Sesi audit dimulakan dengan mesyuarat pembukaan bersama Ahli JK Pengurusan Fakulti serta staf Jabatan Senibina Landskap, di mana taklimat fakulti oleh Profesor Gs. Dr. Mohd Johari Mohd Yusof, Dekan Fakulti Rekabentuk dan Senibina dan taklimat program telah disampaikan oleh Ketua Jabatan, LAr. Mohd Nazri Saidon.
Sesi diteruskan dengan semakan rekod dan dokumentasi yang melibatkan penjelasan berdasarkan Laporan Pralawatan serta keperluan tambahan. Sesi temu bual turut dijalankan bagi tujuan penilaian menyeluruh yang melibatkan wakil pensyarah, alumni, staf pentadbiran dan sokongan, serta pelajar. Lawatan fasiliti turut dilaksanakan bagi menilai kemudahan dan prasarana yang disediakan oleh fakulti dalam menyokong proses pembelajaran pelajar.
Bagi memastikan ketelusan serta penilaian yang objektif, Panel Penilai, Prof. Madya Ts. Dr. Izawati Tukiman dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), telah dijemput dan dilantik oleh pihak Pusat Jaminan Kualiti UPM bagi sesi audit ini. Tahniah diucapkan kepada Jabatan Senibina Landskap khususnya kerana telah lulus Audit Pengekalan Kali Pertama ini!
![]()
Updated:: 06/08/2026 [marini]
MEDIA SHARING