Majlis Perasmian IFac Makerspace FRSB Telah Disempurnakan Oleh Naib Canselor UPM, Dato’ Prof. Ir. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah | FACULTY OF DESIGN AND ARCHITECTURE 127
» ACTIVITIES » Majlis perasmian IFac Makerspace FRSB telah disempurnakan oleh Naib Canselor UPM, Dato’ Prof. Ir. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah

ACTIVITIES

Event Title
Majlis perasmian IFac Makerspace FRSB telah disempurnakan oleh Naib Canselor UPM, Dato’ Prof. Ir. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah
Date
29 Jan 2026 - 29 Jan 2026
Time
02.30 - 04.00
Location
Fakulti Rekabentuk dan Senibina
Event Summary
SERDANG, 29 Januari 2026 – Universiti Putra Malaysia (UPM) terus memperkukuh agenda inovasi dan reka bentuk menerusi perasmian IFac Makerspace di Fakulti Rekabentuk dan Senibina (FRSB). Kemudahan ini berperanan sebagai platform strategik dalam menyokong pembangunan projek inovatif serta penyelidikan interdisiplin yang memenuhi keperluan industri dan masyarakat.
IFac Makerspace diwujudkan sebagai ruang kolaboratif berteraskan reka bentuk dan teknologi bagi menggalakkan kreativiti, inovasi serta kerjasama merentas disiplin dalam kalangan warga universiti. Penubuhannya selari dengan usaha UPM melahirkan penyelidikan berimpak tinggi serta graduan berdaya saing yang bersedia menghadapi cabaran pembangunan masa hadapan.
Majlis perasmian IFac Makerspace FRSB telah disempurnakan oleh Naib Canselor UPM, Dato’ Prof. Ir. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah. Sementara itu, Dekan FRSB, Prof. Gs. Dr. Mohd Johari Mohd Yusof berkata, kemudahan ini berfungsi sebagai hab kolaborasi antara akademia dan industri melalui penyediaan teknologi terkini serta platform kreatif merentas disiplin. Beliau berharap IFac Makerspace dapat memupuk budaya inovasi dan melahirkan graduan holistik, berdaya saing serta bersedia menyumbang kepada pembangunan lestari negara.

Updated:: 03/02/2026 [marini]

MEDIA SHARING

FACULTY OF DESIGN AND ARCHITECTURE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397694090
0389480017
X, (06:21:28am-06:26:28am, 15 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]