LAWATAN PENGERUSI LEMBAGA PENGARAH UNIVERSITI KE FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA PERKUKUH SINERGI STRATEGIK | FACULTY OF DESIGN AND ARCHITECTURE 127
» ACTIVITIES » LAWATAN PENGERUSI LEMBAGA PENGARAH UNIVERSITI KE FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA PERKUKUH SINERGI STRATEGIK

ACTIVITIES

Event Title
LAWATAN PENGERUSI LEMBAGA PENGARAH UNIVERSITI KE FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA PERKUKUH SINERGI STRATEGIK
Date
28 Apr 2026 - 28 Apr 2026
Time
10.00 - 01.00
Location
Fakulti Rekabentuk dan Senibina
Event Summary
LAWATAN PENGERUSI LEMBAGA PENGARAH UNIVERSITI KE FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA PERKUKUH SINERGI STRATEGIK
SERDANG, 28 April 2026 – Fakulti Rekabentuk dan Senibina (FRSB) telah menerima lawatan rasmi Dato' Sri Jailani Johari, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, dalam satu program yang berlangsung dengan penuh tertib dan meriah di Bilik Seminar fakulti hari ini.
Ketibaan beliau pada jam 10.00 pagi disambut oleh barisan pengurusan fakulti, diikuti sesi bergambar di Foyer FRSB. Program diteruskan dengan acara soft launch tapak Debunga@FRSB Nursery yang mencerminkan usaha fakulti dalam memperkasa elemen kelestarian dan inovasi dalam rekabentuk.
Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Dato' Hj. Mohamad Satim Diman dan Tuan Mohamad Sabrie Mohamad Salleh, yang bersama-sama menyertai sesi interaksi bersama warga fakulti.
Dalam ucapan ringkasnya, Dato’ Sri Jailani Johari merakamkan penghargaan atas sambutan mesra yang diberikan oleh pihak fakulti serta memuji komitmen tinggi warga FRSB dalam menjayakan program tersebut. Beliau turut mengucapkan tahniah atas penganjuran soft launching Debunga@FRSB yang dilihat selari dengan aspirasi untuk mewujudkan sinergi strategik antara universiti, industri dan komuniti.

Updated:: 25/05/2026 [marini]

MEDIA SHARING

FACULTY OF DESIGN AND ARCHITECTURE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397694090
0389480017
X, (09:09:38am-09:14:38am, 16 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]