Event Title
KURSUS PENYELENGGARAAN LANDSKAP DI FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Date
08 Jun 2026 - 12 Aug 2026
Location
Fakulti Rekabentuk dan Senibina
Event Summary
KURSUS PENYELENGGARAAN LANDSKAP DI FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Kursus Penyelenggaraan Landskap telah berjaya dilaksanakan pada 8 hingga 12 Jun 2026 (Isnin hingga Jumaat) di Fakulti Rekabentuk dan Senibina, Universiti Putra Malaysia. Kursus ini bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta dalam aspek pengurusan dan penyelenggaraan landskap secara teori dan praktikal.
Sepanjang lima hari kursus, peserta didedahkan dengan pelbagai topik penting bermula dengan kuliah mengenai prinsip dan amalan terbaik penyelenggaraan landskap. Seterusnya, peserta menjalani latihan amali berkaitan pengurusan nurseri, termasuk media penanaman dan pembiakan tanaman landskap.
Pada hari kedua dan ketiga, fokus diberikan kepada penyelenggaraan aset landskap, keselamatan pekerjaan, pengenalan kepada kerja ukur (survey), serta klasifikasi dan identifikasi tumbuhan. Peserta juga berpeluang menjalankan amali berkaitan pembajaan, kawalan perosak dan penyakit, serta teknik pemangkasan tumbuhan.
Hari keempat dan kelima pula melibatkan lawatan tapak ke beberapa lokasi seperti nurseri, tapak kompos dan taman botani di Putrajaya. Lawatan ini memberi pendedahan sebenar kepada peserta mengenai pengurusan landskap secara praktikal di lapangan. Kursus diakhiri dengan lawatan tapak penyelenggaraan turf serta majlis penutupan dan penyampaian sijil.
Secara keseluruhannya, kursus ini memberi manfaat yang besar kepada peserta dalam meningkatkan kemahiran teknikal serta pemahaman menyeluruh dalam bidang penyelenggaraan landskap, selaras dengan keperluan industri semasa.
![]()
Updated:: 06/08/2026 [marini]
MEDIA SHARING