
|
PENDAHULUAN
|
|
Program Master Pengurusan Landskap Lestari memberi penekanan terhadap aspek pengurusan persekitaran yang efisien, inovatif, kreatif dan mesra alam ke arah pembangunan lestari. Program Master Pengurusan Landskap Lestari dibentuk untuk memberi penekanan terhadap pengetahuan lanjutan dalam amalan pengurusan landskap lestari, kemahiran mengaplikasi teknologi pengurusan landskap serta aspek etika dan profesionalisma dalam mengendalikan projek pengurusan landskap.
Matlamat program ini adalah untuk menghasilkan pelajar yang mempunyai kemahiran teknikal lanjutan dalam bidang pengurusan landskap lestari selaras dengan keperluan semasa. Pelajar perlu menyempurnakan satu (1) tahun pengajian dan sekurang-kurangnya empat puluh (40) kredit sebagai syarat untuk bergraduat.
|
|
SYARAT KEMASUKAN
|
|
Latar belakang seni bina Lanskap , Seni Bina , & Seni Bina Dalaman & bidang lain yang berkaitan
- PNGK 3.00
- PNGK 2.750 - PNGK 2.999 + 3 Tahun Pengalaman Kerja
- PNGK 2.500 - 2.749 + 5 Tahun pengalaman Kerja
|
|
STRUKTUR PROGRAM
|
|
Struktur kurikulum program dirangka berdasarkan kepada elemen dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh Universiti Putra Malaysia serta lain-lain badan berkuasa yang mengawasi dan memantau keberkesanan kurikulum yang dicadangkan. Pembelajaran program memberi penekanan terhadap pengetahuan lanjutan dalam amalan pengurusan landskap lestari, kemahiran mengaplikasi teknologi pengurusan landskap serta aspek etika dan profesionalisma dalam mengendalikan projek pengurusan landskap.
Pelajar perlu menyempurnakan sekurang-kurangnya empat puluh (40) kredit sebagai syarat untuk bergraduat.
Skema Pengajian bagi Program Master Pengurusan Landskap Lestari adalah seperti berikut:
SEMESTER 1
|
|
|
KOD KURSUS
|
NAMA KURSUS
|
KREDIT
|
SLM5000
|
Landskap dan Kelestarian
|
4(4+0)
|
SLM5100
|
Pengurusan Projek Landskap
|
3(2+1)
|
LAR5401
|
Ekologi Landskap Tropika
|
3(3+0)
|
LAR5801
|
Perundangan Landskap
|
3(3+0)
|
|
Elektif
|
3(2+1)
|
JUMLAH JAM KREDIT
|
16
|
|
SEMESTER 2
|
|
|
KOD KURSUS
|
NAMA KURSUS
|
KREDIT
|
SLM5001
|
Pengurusan dan Penyelenggaraan Kawasan Hijau
|
3(2+1)
|
SLM5400
|
Persekitaran Hijau Bandar
|
3(3+0)
|
LAR5902
|
Kaedah Penyelidikan Seni Bina Landskap
|
3(3+0)
|
|
Elektif
|
3(3+0)
|
|
Elektif
|
3(2+1)
|
JUMLAH JAM KREDIT
|
15
|
|
SEMESTER 3 (SEMESTER PENDEK)
|
|
|
KOD KURSUS
|
NAMA KURSUS
|
KREDIT
|
SLM5998 / SLM5999
|
Disertasi Master /
Projek Master*
|
6(0+6)
|
|
Elektif
|
3(3+0)
|
JUMLAH JAM KREDIT
|
9
|
JUMLAH JAM KREDIT UNTUK BERGRADUAT
|
40
|
|
|
YURAN
|
|
Pengiraan jumlah yuran jika pelajar menamatkan pengajian di dalam 2 Semester + 1 Semester Pendek
PELAJAR TEMPATAN
BIL.
|
PERKARA
|
JUMLAH
|
|
|
1
|
Yuran Pengajian (Semester Pertama)
|
RM1,350.00
|
2
|
Yuran Pengajian (Semester 2 & seterusnya)
|
RM1,100.00
|
3
|
Yuran Kredit (40 Kredit)
|
RM400.00 x 40
|
Jumlah Keseluruhan
|
RM18,450.00
|
PELAJAR ANTARABANGSA
BIL.
|
PERKARA
|
JUMLAH
|
|
|
1
|
Yuran Pengajian (Semester Pertama)
|
RM2,400.00
|
2
|
Yuran Pengajian (Semester 2 & seterusnya)
|
RM2,150.00
|
3
|
Yuran Kredit (40 Kredit)
|
RM650.00 x 40
|
Jumlah Keseluruhan
|
RM30,550.00
|
|
|
PERTANYAAN LANJUT
|
|
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi kami di:
Penyelaras Program: Ts. Emran @ Zahrin Mohamad Taram
Email: emran@upm.edu.my
|
Kemaskini:: 23/05/2023 [m_syida]
PERKONGSIAN MEDIA