BACHELOR OF ARCHITECTURE | FACULTY OF DESIGN AND ARCHITECTURE
» BACHELOR OF ARCHITECTURE

BACHELOR OF ARCHITECTURE

Program Bachelor Seni Bina ditawarkan oleh Jabatan Seni Bina, Fakulti Rekabentuk dan Senibina, Universiti Putra Malaysia. Ia mangambil masa selama dua tahun (4 semester) atau 60 jam kredit untuk brgraduat.

Program ini memberi penekanan kepada seni bina tropika dan pembangunan mapan untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan yang mendalam dalam aspek-aspek penting persekitaran seni bina. Pelajar juga akan berkeupayaan melakukan analisis kuantitatif dan kualitatif melalui simulasi komputer dan menilai prestasi alam sekitar seni bina (iklim, jalan matahari, haba, pengudaraan, cahaya matahari, keselamatan
dan tenaga).

Program Bacelor Seni Bina ini memenuhi keperluan Bahagian II dalam peperiksaan Lembaga Akitek Malaysia dan graduan akan berpeluang untuk diiktiraf sebagai seorang arkitek.

Graduan program ini berpeluang untuk menjawat jawatan arkitek bertauliah di
agensi-agensi kerajaan dan juga difirma-firma perunding seni bina.

Syarat Kemasukan

Pemohon yang berminat memasuki program Bacelor Seni Bina (B. Arch.) hendaklah mempunyai keperluan minimum seperti di bawah:

a. Bacelor Reka Bentuk (Seni Bina) daripada Universiti Putra
Malaysia dengan CGPA minimum 2.75. Pemohon dengan CGPA kurang daripada 2.75 hendaklah:

i.
Lulus mata pelajaran Architecture Design Studio dengan Gred B atau lebih baik,
atau

ii. Memiliki sekurang-kurangnya 1 tahun pengalaman bekerja dalam bidang seni bina;

iii. Lulus temuduga kemasukan.

 

b. Sarjana Muda Sains /
Sastera Seni Bina atau yang setaraf dengan akreditasi daripada Lembaga Arkitek
Malaysia (LAM Bahagian I) daripada universiti tempatan atau luar negara dan setaraf
dengan Bacelor Reka Bentuk (Seni Bina) daripada Universiti Putra Malaysia;
diluluskan oleh Senat UPM; dan lulus temuduga kemasukan.

 

PELUANG KERJAYA

Berikut adalah senarai kedua-dua sektor awam dan swasta yang menyediakan peluang kerjaya bagi graduan Ijazah Bacelor Senibina:

 

1. Jabatan kerajaan dan pihak berkuasa tempatan

2. Pusat penyelidikan dan rekabentuk.

3. Firma pembinaan.

4. Firma perunding seni bina.

5. Institut pengajian tinggi

6. Pemaju perumahan.

 

Graduan program ini layak untuk menyandang jawatan sebagai arkitek atau perunding profesional dalam bidang seni bina. Mereka juga boleh dilantik sebagai pengurus projek di sektor pembinaan dan pembangunan,
atau menjadi penyelidik yang sensitif kepada pembangunan mapan dan isu-isu seni
bina. Di samping itu, para graduan mempunyai peluang yang luas dalam dalam
kerjaya lain seperti penulisan, syarahan dan bidang berkaitan seni bina dan
pembinaan.



Updated:: 24/02/2016 [amir_peli]

MEDIA SHARING

FACULTY OF DESIGN AND ARCHITECTURE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397694090
0389480017
SXEeUAy~