Pengenalan | FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA
» JABATAN » JABATAN SENIBINA LANDSKAP » Pengenalan

Pengenalan

Jabatan Senibina Landskap

 

 


Senibina Landskap adalah bidang yang menggabungkan seni dan sains dalam mewujudkan persekitaran luar yang seimbang di antara keperluan manusia dan alam semulajadi. Ia melibatkan manipulasi elemen dan sumber landskap secara bijaksana bagi menghasilkan landskap yang berfungsi, menarik dan selesa digunakan. Arkitek landskap adalah seorang profesional yang bertanggungjawab di dalam merancang, mereka bentuk dan mengurus landskap ke arah pembangunan yang mampan.

 

Jabatan Senibina Landskap telah mula beroperasi seawal penubuhan fakulti iaitu pada Jun 1996.  Program pengajian di bawah pengendalian jabatan ini ialah:-

  1. Bacelor Senibina Landskap
  2. Master Senibina Landskap
  3. Master Pengurusan Landskap Lestari
  4. Master Reka Bentuk Bandar Tropika
  5. Master Sains (Landskap)
  6. Doktor Falsafah (PhD)


Jabatan Senibina Landskap memainkan peranan utama dalam pembangunan akademik bidang Senibina Landskap, Universiti Putra Malaysia.  Selain daripada menjalankan fungsi akademik, jabatan ini juga berperanan penting dalam penyelidikan berkaitan senibina landskap bagi menyumbang ke arah pembangunan landskap negara.


Misi jabatan ialah “merealisasikan misi fakulti dan universiti dalam tumpuan usaha menjadi pusat kecemerlangan perkembangan ilmu senibina landskap dan bidang yang berkaitan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa”.

 

 

Kemaskini:: 08/12/2022 [azliana]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397694090
0389480017
SXDcXAt~