Seksyen Promosi, Bahagian Kemasukan dan Bahagian Urus Tadbir Akademik Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan UPM Postgraduate Virtual Open Day 2021 pada 20 & 21 November 2021 dan UPM Undergraduate Virtual Open Day 2021 pada 27 28 November 2021.
Fakulti Rekabentuk Dan Senibina telah menyertai kedua-dua sesi tersebut yang bertujuan untuk mempromosikan program pasaran tempatan dan antarabangsa terutamanya program-program baharu yang ditawarkan di sini, bersama 18 buah fakulti lain di UPM.
Fakulti Rekabentuk Dan Senibina diwakili oleh Penyelaras Program Master Senibina Landskap iaitu LAr. Ts. Dr. Roziya Ibrahim untuk sesi Siswazah dan Penyelaras Bacelor Seni Bina Landskap iaitu LAr. Mohd Nazri Saidon untuk sesi Prasiswazah yang menjalankan tanggung jawab mempromosi semua program yang ditawarkan dengan pendekatan yang menarik bagi menarik minat calon pelajar.
LAr. Ts. Dr. Roziya dan LAr. Mohd Nazri telah memberi penerangan program-program yang ditawarkan bagi kategori Siswazah dan Prasiswazah beserta tayangan video aktiviti pelajar fakulti. Sesi soal jawab diantara peserta program dan wakil fakulti dijalankan di penghujung sesi tersebut. Diharapkan dengan adanya sesi seperti ini akan dapat memberi pendedahan kepada orang ramai mengenai program-program yang ditawarkan di fakulti dan dapat menarik minat calon pelajar yang berkenaan.
Tarikh Input: 07/02/2022 | Kemaskini: 07/02/2022 | arizy
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR