UNDER CONSTRUCTION 2022 (UC ‘22) | FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA
» BERITA » UNDER CONSTRUCTION 2022 (UC ‘22)

UNDER CONSTRUCTION 2022 (UC ‘22)

Dr. Rosalam Che Me

PORT DICKSON, 4 November – Seramai 175 pelajar serta staf telah menyertai program “Under Construction 2022 (UC ‘22)” anjuran Jabatan Reka Bentuk Perindustrian UPM. Program ini telah berlangsung pada 4 hingga 6 November 2022 bertempat di PD Sanctuary Outdoor Training Camp Port Dickson, Port Dickson, Negeri Sembilan. Program yang berlangsung selama tiga hari ini berjaya mengumpulkan para  pelajar dari setiap batch dan barisan staf akademik juga bukan akademik. Ia merupakan antara program tahunan terbesar yang dianjurkan oleh Jabatan Reka Bentuk Perindustrian yang melibatkan seluruh ahlinya.

UC’22 telah dirancang dan dikendalikan sepenuhnya oleh para mahasiswa dengan penyeliaan dari penyelaras Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) Jabatan Reka Bentuk Perindustrian. Program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan di antara pelajar dengan warga jabatan, terutamanya bagi pelajar baharu. Di samping itu, program ini dapat melatih dan mendidik para pelajar berkenaan kemahiran insaniah disamping membina keyakinan diri serta kepimpinan dari sudut mental dan fizikal.

Program Under Construction telah didakan pada kali terakhir pada tahun 2019 bertempat di Pulau Pangkor, Perak. Program ini tertangguh selama dua tahun disebabkan oleh situasi pandemik yang melanda dunia serta Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). UC’22 ini dianjurkan pada awal semester baharu sesi 2022/2023 dan merupakan permulaan baharu bagi kohort pelajar terkini bagi sesi pembelajaran secara bersemuka sepenuhnya, setelah sekian lama aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P) dijalankan secara atas talian.

UC’22 ini berjaya mencapai matlamat utamanya iaitu memperkenalkan pelajar baharu program Bacelor Reka Bentuk Perindustrian Dengan Kepujian kepada warga jabatan, serta mengeratkan hubungan antara semua pelajar dan barisan pensyarah dan staf sokongan. Diharapkan penganjuran program ini dapat diteruskan pada tahun-tahun berikutnya dan kekal sebagai acara tradisi Jabatan Reka Bentuk Perindustrian.

Tarikh Input: 05/12/2022 | Kemaskini: 05/12/2022 | uswahhasanah

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397694090
0397694090
0389480017
BWCJHA:07:44