Syarahan alu-aluan untuk pelajar-pelajar baharu Jurusan Senibina pada 26hb Oktober 2020 oleh ketua Jabatan senibina, Prof. Madya Dr. Mohamad Fakri Zaky Ja’afar. Disamping ucapan alu-aluan dan memperkenalkan staf jabatan, ucapan turut disertai dengan Syarahan yang bertajuk "Evoking Humanness: Lifestory of Humanity". Intinya mengajak pelajar baharu mendekati ilmu pengajian di universiti dengan kesedaran sebagai seorang insan. Fokus keinsanan merupakan antara halatuju yang menjadi sasaran bagi Jabatan senibina untuk mendepani cabaran pendidikan senibina negara. Dilaksanakan melalui platform Zoom.
Tarikh Input: 27/10/2020 | Kemaskini: 27/10/2020 | arizy
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR