TIKA TEKNOLOGI BERKHIDMAT KEPADA INSAN - Kisah ISTP | FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA
» BERITA » TIKA TEKNOLOGI BERKHIDMAT KEPADA INSAN - Kisah ISTP

TIKA TEKNOLOGI BERKHIDMAT KEPADA INSAN - Kisah ISTP

Teknologi Universiti Putra Malaysia (UPM) kini sebuah berita dunia.

Profesor Dr Rahinah Ibrahim mengetuai penyelidik dari UPM dan Universiti Malaysia Sabah dalam projek demonstrasi di Desa Lok Urai di Pulau Gaya, Sabah. Projek ini, sebuah kolaborasi antara Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNEP) dan NGO ACT Malaysia, telah memilih teknologi rawatan kumbahan ISTP dari UPM untuk menghentikan pencemaran sisa kumbahan yang tidak dirawat daripada mencemarkan lautan. Sepuluh tangki dipasang di sembilan rumah air dan sebuah sekolah.

"Projek perintis yang dibiayai oleh UNEP adalah contoh kejayaan teknologi alternatif dan kos rendah untuk rawatan air sisa, pembangunan ekonomi dan pemberdayaan masyarakat, dan berpotensi besar untuk ditiruguna di skala besar," kata Riccardo Zennaro, pakar UNEP yang terlibat dengan projek ini . 

Tangki ini praktikal untuk mengatasi cabaran geografi semula jadi seperti di kampung air di kawasan tropika. Projek ini memberi manfaat kepada 1,153 buah rumah air dan melatih sepuluh nelayan dalam memasang dan menyelenggaranya. Antara hasil projek yang tidak disengajakan dimaklumkan oleh guru besar sekolah yang melaporkan, "para pelajar lebih gembira dan ingin bersekolah."

 Pengesahan daripada gurubesar begitu mendalam ketika teknologi ISTP (SDG6) bermula dengan tujuan melestarikan kehidupan di bawah air (SDG14) untuk kesihatan dan kesejahteraan yang lebih baik (SDG3) dapat memberikan peluang belajar sepanjang hayat kepada anak-anak (SDG4) sambil menjunjung martabat wanita dan anak perempuan (SDG5). Bekerja sama dengan pelbagai entiti (SDG17) untuk menyediakan infrastruktur sanitasi baru (SDG9), lebih ramai penduduk kampung atas air mampu memperoleh pendapatan yang lebih baik (SDG1) melalui pekerjaan yang bersesuaian (SDG8) serta mengelakkan kelaparan (SDG2) melalui peningkatan kapasiti masyarakat perkampungan air ( SDG11) sebagai tindak balas terhadap pengaruh perubahan iklim (SDG13).

Gambar 1: Landskap perkampungan terapung dengan tangki ISTP dipasang

(Sumber: ACT Malaysia)


Gambar 2: Profesor Rahinah dengan tangki ISTP pertama dipasang di Desa Lok Urai

(Sumber: ACT Malaysia)

 

Tarikh Input: 19/08/2021 | Kemaskini: 23/09/2021 | arizy

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397694090
0389480017
SXDdTAz~