Program Bual Bicara - Persoalannya | FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA
» BERITA » Program Bual Bicara - Persoalannya

Program Bual Bicara - Persoalannya

4 Oktober 2016, Telah berlangsung rakaman Bual Bicara - "Persoalannya" untuk saluran 420 HyppTV_ yang dihoskan oleh Hilmy Ashley. Program rakaman bersama pakar UPM sebanyak 13 episod ini dibawa oleh Capital TV di bawah Telekom Malaysia. Fakulti Rekabentuk dan Senibina dilantik sebagai “Host Faculty” untuk episod ke 13.

Panel dari FRSB adalah Prof. Dr Rahinah Ibrahim dan Prof. Dr. Khairul Aidil Azlin Abd Rahman. Topik yang dibincangkannya adalah Melestarikan “Warisan dan Budaya”. Rancangan “Persoalannya” merupakan sebuah program yang menjadi platform kepada penonton untuk mengajukan soalan kepada panel jemputan yang terdiri daripada pakar serta mempunyai latar belakang pelbagai dari segi politik, sosial dan ekonomi yang akan merungkai segala persoalan yang diutarakan oleh penonton. Komposisi panel pakar memastikan program ini akan membawakan keseimbangan perspektif dalam topik-topik hangat pada setiap minggu.

 

 

Persoalannya

 

 

Tarikh Input: | Kemaskini: 09/06/2020 | arizy

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397694090
0389480017
SXDdXAm~