Majlis Perasmian 32nd Virtual Architecture Student Workshop 2021 1st Virtual Edition | FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA
» BERITA » Majlis Perasmian 32nd Virtual Architecture Student Workshop 2021 1st Virtual edition

Majlis Perasmian 32nd Virtual Architecture Student Workshop 2021 1st Virtual edition

Oleh:Nurul Jannah Mat Salleh

17 September 2021, Serdang - Telah diadakan Majlis Perasmian bagi 32nd Virtual Architecture Student Workshop 2021 dengan tema Z.ONE.  Program ini telah dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Putra Malaysia.  Architecture Student Workshop adalah program tahunan yang dianjurkan oleh pelajar seni bina.  Sejak dianjurkan pada tahun 1987, Architecture Student Workshop yang disertai oleh pelbagai sekolah seni bina di Malaysia menjadi satu platform penting untuk pertukaran idea dan pengetahuan selain daripada memperkukuh ikatan antara sekolah-sekolah seni bina.

 

Universiti Putra Malaysia telah diberi penghormatan sebagai tuan rumah bagi 32nd Architecture Student Workshop pada tahun 2021.  Program ini dianjurkan oleh Jabatan Senibina, FRSB dengan anjuran bersama dengan Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM).  Program ini dianjurkan untuk memberi peluang kepada pelajar dari pelbagai institusi untuk bersaing dan mempamerkan hasil inovasi kreatif mereka dalam seni bina sepanjang acara ini berlangsung.

Pihak Jabatan Senibina juga sangat menghargai sumbangan serta daya usaha Penasihat Program ini iaitu Ts. Dr. Mohd Zairul dan Mohamad Syahzarulnizam sebagai presiden program bersama ahli jawatankuasa 32nd Virtual Architecture Student Workshop 2021 dalam menjayakan dan seterusnya melancarkan lagi program ini.

 

Tarikh Input: 19/11/2021 | Kemaskini: 19/11/2021 | arizy

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397694090
0389480017
SXESIAf~