FRSB Teaching And Learning Talk Series 01/2021 | FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA
» BERITA » FRSB Teaching and Learning Talk Series 01/2021

FRSB Teaching and Learning Talk Series 01/2021

oleh: Encik Mohd Kamal bin Khairi

https://www.facebook.com/watch/?v=4071853912846188

FRSB Teaching and Learning Talk Series 01/2021 telah berjaya dilaksanakan secara maya pada 12 Mac 2021 dan ditonton secara langsung oleh 53 orang staf akademik dan pelajar dari beberapa buah fakulti di UPM. Panel jemputan untuk siri pertama ini adalah Prof. Madya Dr. Hamdan bin Daniyal yang merupakan Dekan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik & Elektronik, Universiti Malaysia Pahang (UMP).

Tajuk perkongsian beliau adalah “Lightboard Approach for Studio-Based Teaching & Learning" dan dibantu oleh Moderator Dr. Mohd Shahrudin Abd Manan, Pensyarah Kanan di Jabatan Senibina, Fakulti Rekabentuk Dan Senibina. Dr. Hamdan telah memperkenalkan satu kaedah pembelajaran dan pengajaran menggunakan lightboard. Kemudahan lightboard ini sangat menarik dan interaktif terutamanya bagi kursus-kursus yang melibatkan hands-on seperti kursus yang diajar di dalam studio di FRSB . Disamping itu, beliau turut  berkongsi beberapa tips dalam menggunapakai pendekatan lightboard ini serta kos yang perlu disediakan bagi menyediakan fasiliti lightboard ini.

Intipati ceramah ini sangat bersesuaian dengan situasi masa kini yang mana kita sedia maklum pembelajaran secara bersemuka sangat terhad dan kebanyakan sekolah dan institusi menggunakan teknik pembelajaran secara online. Pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia telah menjadikan para pendidik kita lebih kreatif dan inovatif dalam menyampaikan ilmu dan salah satunya adalah  menerusi kaedah yang telah disampaikan oleh Dr. Hamdan ini.

 

Tarikh Input: 05/05/2021 | Kemaskini: 05/05/2021 | arizy

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397694090
0389480017
SXDdTAz~