FRSB Post Graduate Talk Series | FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA
» BERITA » FRSB Post Graduate Talk Series

FRSB Post Graduate Talk Series

Oleh:
Hasmah binti Mat Isa
Pejabat Timbalan Dekan (Akademik Dan Hal Ehwal Pelajar & Alumni)
 

FRSB Post Graduate Talk Series 01/2021 secara julung kalinya telah berjaya dilaksanakan secara maya pada 15 Februari 2021 (Isnin). Penceramah jemputan adalah Prof. Madya Dr. Md. Asrul Nasid b. Masrom yang merupakan Timbalan Dekan (Penyelidikan, Pembangunan & Penerbitan), Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Tajuk ceramah yang disampaikan bertajuk How to Write a Good Thesis (KISS Approach) yang mana beliau berkongsi kaedah dan tips menyediakan tesis melalui teknik KISS atau lebih dikenali sebagai teknik “Keep It Simple Scholars”. Di dalam ceramah beliau, huraian teknik KISS ini telah dipecahkan kepada formula 10C + 2S + 2F + 2D = Excellent Thesis.

Perkongsian dari Prof. Madya Dr. Md. Asrul bukan sahaja disertai oleh semua pelajar siswazah daripada Fakulti Rekabentuk dan Senibina, malahan daripada beberapa Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta Malaysia yang lain juga.

Program ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan yang mana ianya telah disertai oleh hampir 400 orang pelajar dari seluruh negara. 

Tarikh Input: 23/03/2021 | Kemaskini: 23/03/2021 | arizy

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397694090
0389480017
SXDcSAx~