E-Volution: Speculative Design Time Capsule Workshop | FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA
» BERITA » E-Volution: Speculative Design Time Capsule Workshop

E-Volution: Speculative Design Time Capsule Workshop

Kuala Lumpur, 30 Jun - Tujuh orang pelajar seni bina dari Fakulti Reka Bentuk dan Seni Bina telah mengambil bahagian dalam program E-Volution: Bengkel Kapsul Masa Reka Bentuk yang diadakan di Pusat PAM, Jalan Tandok, Kuala Lumpur. Bengkel ini dianjurkan oleh Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM) bersempena dengan Festival Seni Bina Kuala Lumpur (KLAF) 2019. Ia dihadiri oleh pensyarah dan pelajar dari 10 buah institusi pengajian seni bina tempatan di Malaysia bersama-sama dengan penyertaan antarabangsa dari dua sekolah seni bina Indonesia, Universiti Gadjah Mada (UGM) dan Universiti Islam Indonesia (UII).

Bengkel E-Volution ini bertujuan untuk menggalakkan penerokaan reka bentuk spekulatif di kalangan pelajar seni bina semasa menangani cabaran dan peluang untuk masa depan. Sepanjang tiga hari bengkel tersebut, beberapa aktiviti telah dijalankan berdasarkan 5 tema:

  1. E-Pitome: The theme highlights speculative exploration among the students through portable box design and exhibition works.
  2. E-Pilogue: Several guests are invited to give talk and share their thoughts with the students.
  3. E-Lusive: The theme emphasizes the speculative design of future cities through 2D and 3D conceptual art.
  4. E-Nigmatic: The theme encourages speculative expression through multimedia creativity like digital photography and video experimentation.
  5. Ex-Plicit: This theme explores speculative idea among the students through fashion design and ergonomic wearable accessories.

 

Para peserta dari UPM yang menghadiri acara tersebut adalah seperti berikut:

Pensyarah:

Dr. Mohd Shahrudin Abd Manan

Pelajar:

  1. Ahmad Zaid Aizi Razman (Pelajar Master Seni Bina Tahun 4)
  2. Sunny Toh Tiankiong (Pelajar Master Seni Bina Tahun 4)
  3. Hezam Lamya Mohammed Mahyoub (Pelajar Master Seni Bina Tahun 4)
  4. Harith Mohmmad Zin (Pelajar Master Seni Bina Tahun 4)
  5. Nurul Najwa Mohd Fuad (Pelajar Master Seni Bina Tahun 4)
  6. Muhammad Muslim Zaifulbahri (Bacelor Sains Senibina Tahun 1)
  7. Nurfarah Hanim Muhammad Fadzil (Bacelor Sains Senibina Tahun 1)

 

Pameran kerja pelajar:

  1. Wan Mohamad Farkhan Wan Ahmad (Bacelor Sains Senibina Tahun 2)
  2. Mariani Binti Mohammad Dini (Bacelor Sains Senibina Tahun 2)
  3. Cheah Wing Shen (Bacelor Sains Senibina Tahun 2)

Tarikh Input: 26/08/2019 | Kemaskini: 26/08/2019 | marzieana

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397694090
0389480017
SXDdVAt~