Instalasi Bird Of Malaysia di KLIA diletakkan di balai berlepas dari 1 Mac hingga 31 ogos 2023. Tahniah pasukan pelajar Master Senibina sesi 2020-2022, yang diketuai oleh Aryton Kong, Tan Yanxian, K.M Muath Alarini, Muhammad Adlin bin Sahharil, George Edward Mathew dan Muhammad Iqbal. Projek adalah hasil kerja kursus ARC5701 bimbingan Prof Madya Dr Mohd Fakri Zaky Jaafar. Projek juga menggabungkan pelajar Bacelor Kejuruteraan Awam dari kursus ECV3113 di bawah bimbingan Dr Farah Nora Aznieta A Aziz, yang terdiri dari M Alnabhani, Firas Wadee Abdillah Ahmed dan Mays Safee Jumaa. Instalasi memaparkan tokoh2 yang mencorak pembangunan dan melonjak nama negara sejak dari merdeka dari berbagai latarbelakang dan era.
Projek mendapat dana sumbangan dan kerjasama Malaysian Timber Council, Gain-Green Sdn Bhd, WL Win precision Technology Sdn Bhd, CW Rolling Sdn Bhd. dan Malaysia Airports Holdings Berhad.
Tarikh Input: 26/09/2023 | Kemaskini: 26/09/2023 | arizy
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR