Tajuk Acara
Program Rewang Bubur Lambuk 'Setia Bersama'
Tarikh
03 Mar 2026 - 03 Mar 2026
Lokasi
Fakulti Rekabentuk dan Senibina
Ringkasan Acara
Warga FRSB Bersatu Hati Dalam Program Rewang Bubur Lambuk 'Setia Bersama'
SERDANG, 3 Mac – Fakulti Rekabentuk dan Senibina (FRSB) telah berjaya menganjurkan Program Gotong-Royong Memasak Bubur Lambuk di bawah inisiatif "Setia Bersama FRSB" bertempat di perkarangan hadapan Studio MSLM, semalam.
Program yang bermula seawal jam 9.00 pagi itu menyaksikan kehadiran staf akademik, sokongan, dan para pelajar yang berkumpul untuk sesi "rewang" menyediakan juadah tradisi Ramadan. Aktiviti ini bukan sekadar memasak, malah menjadi platform utama dalam mengeratkan ukhuwah serta memupuk semangat kerjasama dan silaturahim dalam kalangan warga fakulti.
Suasana gotong-royong yang meriah itu diakhiri dengan sesi edaran bubur lambuk yang bermula pada jam 2.30 petang. Sebanyak 160 bekas bubur lambuk telah diagihkan kepada warga fakulti sebagai simbolik perkongsian rezeki dan keberkatan sempena kehadiran bulan Ramadan yang mulia ini.
Pihak fakulti merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini. Semoga semangat kebersamaan ini terus mekar dalam setiap aktiviti fakulti di masa hadapan.
![]()
Kemaskini:: 11/03/2026 [marini]
PERKONGSIAN MEDIA