MASTER INOVASI REKA BENTUK PERINDUSTRIAN | FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA
» AKADEMIK » PENGAJIAN SISWAZAH » MASTER INOVASI REKA BENTUK PERINDUSTRIAN

MASTER INOVASI REKA BENTUK PERINDUSTRIAN

 

PENDAHULUAN

            

 

 

 

 

Program Master Inovasi Reka Bentuk Perindustrian bermatlamat untuk menghasilkan lebih ramai pereka bentuk profesional yang berpengetahuan lanjutan, berpemikiran kritis, kreatif dan inovatif serta berkemahiran tinggi dalam penyelidikan, mengurus dan membina jaringan kolaborasi dengan pakar dari pelbagai disiplin dalam mengendalikan pembangunan produk baharu. Graduan akan berkebolehan untuk memberi sumbangan bermakna kepada lonjakan sektor perindustrian negara dan sosio-ekonomi melalui kelestarian pembangunan produk baharu yang mampu dikomersil dan dimanfaatkan serta menyumbang kepada kemajuan manusia sejagat menerusi penerokaan dan penyebaran ilmu dalam reka bentuk.

 

SYARAT KEMASUKAN

 

Syarat kemasukan ke program ini adalah:

a.    Calon perlu mempunyai Ijazah Sarjana Muda (dengan Kepujian) dalam bidang reka bentuk atau bidang yang berkaitan dengan mendapat PNGK sekurang-kurangnya 3.00;

 ATAU

Calon yang mencapai minimum PNGK 2.75 atau setara dengan minimum 3 tahun pengalaman bekerja dalam bidang yang releven dengan bidang yang dimohon;

 ATAU

Calon yang mencapai minimum PNGK 2.50 atau setara dengan minmum 10 tahun pengalaman bekerja dalam bidang yang releven dengan bidang yang dimohon;

ATAU

Calon dari universiti awam yang berada pada semester akhir program pengajian ijazah boleh dipertimbangkan untuk kemasukan secara bersyarat menggunakan PNGK semasa 3.00 ke atas atau kelulusan lain yang setaraf dengan syarat kemasukan program.

 

b.    Calon antarabangsa perlu mencapai markah minimum Band 6.0 bagi IELTS (Academic Version) atau minimum Skor 550 bagi TOEFL paper-based Test (Academic Version) seperti yang telah ditetapkan oleh Sekolah Pengajian Siswazah, UPM.

 Calon yang tidak memenuhi syarat minimum kompetensi Bahasa Inggeris tertakluk kepada pertimbangan seperti jadual di bawah:

 

Skor

Setara

Catatan

 

IELTS

TOEFL

 

260-300

8.0-9.0

650-677

Dibenarkan mendaftar ke program siswazah yang ditawarkan

 

220-259

7.0

600-649

 

180-219

6.0

550-599

 

160-159

5.5

525-549

Dibenarkan mendaftar ke program siswazah yang ditawarkan dan perlu lulus PIE2

 

140-159

5.0

500-524

Perlu lulus PIE1 sebelum meneruskan pendaftaran ke program yang ditawarkan

 

100-139

4.0

450-499

Perlu mendaftar CIEP di ELS

 

<100

<4.0

<450

 c.    Mengikut syarat am dan khusus yang telah ditetapkan oleh Senat UPM.

 

STRUKTUR PROGRAM

 

 

Kurikulum Program Master Inovasi Reka Bentuk Perindustrian dibuat berdasarkan kepada elemen dan garis panduan yang telah ditetapkan Standard Program: Seni Lukis dan Seni Reka (Art and Design) oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Universiti Putra Malaysia serta lain-lain badan berkuasa yang mengawasi dan memantau keberkesanan kurikulum bidang reka bentuk. Para pelajar yang mengambil program ini perlu menyempurnakan 40 jam kredit sebagi syarat untuk bergraduat.

 

Skema Pengajian

Program Master Inovasi Reka Bentuk Perindustrian

 

 

 SEMESTER 1

 

BIL

KOD KURSUS

NAMA KURSUS

KREDIT

 

1

MDS5200

Studio Reka Bentuk Perabot

(Furniture Design Studio)

 

 

 

5(1+4)

 

MDS5201

Studio Reka Bentuk Produk

(Product Design Studio)

 

MDS5202

Studio Reka Bentuk Interaksi

(Interaction Design Studio)

 

2

MDS5300

Falsafah Reka Bentuk

(Design Philosophy)

3(3+0)

 

3

MDS5400

Media Digital Baharu

(New Digital Media)

3(1+2)

 

4

MDS5700

Pembangunan Produk Baharu

(New Product Development)

3(3+0)

 

5

MDS5900

Strategi Penyelidikan Reka Bentuk

(Design Research Strategy)

3(1+2)

 

 

                      JUMLAH JAM KREDIT

17

 

 

 

 

 SEMESTER 2

 

 

KOD KURSUS

NAMA KURSUS

KREDIT

 

1

MDS5100

Trend Produk Pengguna

(User Product Trend)

3(3+0)

 

MDS5101

Penjenamaan dan Reka Bentuk Pembungkusan

(Branding and Packaging Design)

 

MDS5102

Reka Bentuk Perabot Lestari

(Sustainable Furniture Design)

 

2

MDS5600

Fabrikasi Reka Bentuk

5(1+4)

 

3

MDSXXXX

Elektif I

3

 

4

MDSXXXX

Elektif II

3

 

 

                      JUMLAH JAM KREDIT

14

 

 

 

 

 SEMESTER 3

 

 

KOD KURSUS

NAMA KURSUS

KREDIT

 

1

MDS5701

Pengurusan Reka Bentuk Industri

(Industrial Design Management)

3(3+0)

 

2

MDS5999

Projek Pembangunan Prototaip

(Prototype Development Project)

6(0+6)

 

 

                      JUMLAH JAM KREDIT

9

 

 

JUMLAH JAM KREDIT UNTUK BERGRADUAT

40

 

 PERTANYAAN LANJUT

 

 Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi kami di:

 Penyelaras Program: Dr. Mohd Faiz Yahaya

 Email: mfaizy@upm.edu.my 

Kemaskini:: 23/05/2023 [m_syida]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397694090
0389480017
SXDdRA2~