DOKTOR FALSAFAH (SECARA PENYELIDIKAN) | FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA
» AKADEMIK » PENGAJIAN SISWAZAH » DOKTOR FALSAFAH (SECARA PENYELIDIKAN)

DOKTOR FALSAFAH (SECARA PENYELIDIKAN)

          

  

PENDAHULUAN

 

Fakulti Rekabentuk dan Senibina mengendalikan program Doktor Falsafah (secara penyelidikan) dalam beberapa bidang pengajian secara sepenuh masa dan juga separuh masa. Program ini mengambil masa di antara 2 hingga 5 tahun untuk bergraduat.

Pelajar Program Doktor Falsafah (secara penyelidikan) akan dikendalikan oleh jawatankuasa penyeliaan yang terdiri daripada pakar-pakar dalam bidang pengajian yang dipilih oleh pelajar. Fakulti Rekabentuk dan Senibina mempunyai ramai tenaga akademik yang mempunyai kelayakan PhD serta pengalaman dalam menyelia calon-calon Master. Fakulti ini juga mempunyai perpustakaan tersendiri yang dikongsi bersama dengan Fakulti Kejuruteraan (Perpustakaan Kejuruteraan dan Seni Bina). Universiti Putra Malaysia juga ada menawarkan bantuan kewangan terhad di bawah seliaan Sekolah Pengajian Siswazah, UPM.

Graduan program PhD mendapat peluang kerjaya di institusi pengajian tinggi, institusi pendidikan lain, institusi penyelidikan, dan juga jawatan-jawatan kanan di jabatan kerajaan dan juga swasta.

Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  • Doktor Falsafah (Pengajian Landskap)
  • Doktor Falsafah (Pengajian Senibina)
  • Doktor Falsafah (Perancangan dan Reka Bentuk Bandar)
  • Doktor Falsafah (Pengajian Reka Bentuk Perindustrian)
  • Doktor Falsafah (Pengajian Reka Bentuk Berintegrasi)

 

1) PENGAJIAN LANDSKAP

Bidang Pengajian Landskap merangkumi teori dan aplikasi perancangan, reka bentuk dan pengurusan landskap ke arah mewujudkan persekitaran berkualiti, sihat dan seimbang untuk keperluan manusia. Kajian dalam bidang ini termasuk persepsi persekitaran, sosio-budaya, kesihatan dan persekitaran pemulihan, pencegahan jenayah, reka bentuk persekitaran, keselesaan termal luar dan topik lain yang berkaitan bagi menyokong inisiatif pembangunan landskap mapan.

 

2) PENGAJIAN SENIBINA

Bidang Pengajian Seni Bina merangkumi aspek aplikasi reka bentuk dan pengurusan proses reka bentuk yang menyokong fungsi dan menggunakan teknologi termaju untuk menghasilkan reka bentuk  berestetika tinggi. Kajian meliputi kemahiran dan pengetahuan dalam reka bentuk alam bina merangkumi sistem penilaian reka bentuk bangunan, kualiti persekitaran dalaman, sistem pembinaan berindustri, reka bentuk sejagat, visualisasi, kognitif reka bentuk, sosio-budaya, kemanusiaan, dan topik lain yang berkaitan bagi menyokong pembangunan mapan.

 

3) PERANCANGAN DAN REKA BENTUK BANDAR

Bidang Perancangan dan Reka Bentuk Bandar merangkumi prinsip dan proses yang menyokong kelestarian bandar. Skop penyelidikan termasuk kualiti perancangan dan reka bentuk bandar yang berdaya huni dan berdaya tahan. Ianya termasuk polisi perancangan bandar, ekonomi bandar, perumahan, pengangkutan, perancangan alam sekitar, pembaharuan dan pembangunan semula bandar, ruang awam, imej dan identiti tempatan, dan penglibatan komuniti di pelbagai geografi, skala dan fungsi bandar.

 

4) PENGAJIAN REKA BENTUK PERINDUSTRIAN

Bidang Pengajian Reka Bentuk Perindustrian bertujuan untuk memenuhi keperluan masyarakat dan alam sekitar melalui reka bentuk artifak mapan, berfungsi dan berestetika tinggi dengan menggunakan teknologi termaju. Kajian termasuk aplikasi teori dan reka bentuk pelbagai disiplin menggunakan Teknologi Maklumat (IT) atau Teknologi Komunikasi dan Maklumat (ICT), visualisasi dan media reka bentuk, Reka Bentuk Perindustrian Berbantukan Komputer (CAID), pembuatan model dan prototaip, dan reka bentuk dan fabrikasi produk, dan topik lain yang berkaitan untuk menyokong pembangunan produk mapan.

 

5) PENGAJIAN REKA BENTUK BERINTEGRASI

Bidang Pengajian Reka Bentuk Berintegrasi bertujuan melestarikan penggunaan sumber alam semulajadi dalam semua fasa kitaran reka cipta. Kajian meliputi teori dan aplikasi reka bentuk kolaboratif yang melibatkan IT/ICT, visualisasi dan media reka bentuk, reka bentuk maya, Permodelan Informasi Bangunan (BIM), reka bentuk berintegrasi dan teknologi hijau untuk menyokong alam bina mapan.

 

 

SYARAT KEMASUKAN

 

Calon mestilah lulus ijazah sarjana dalam bidang berkaitan dengan PNGK seperti di bawah untuk memohon ke Program Doktor Falsafah (secara penyelidikan).

  • Lulus Master secara Penyelidikan
  • PNGK 3.000 untuk Master secara Kerja Kursus
  • PNGK 3.750 atau setara dengan Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama

 

Semua calon antarabangsa yang lulus ijazah sarjana di mana Bahasa Inggeris bukanlah bahasa pengantar, perlu memenuhi syarat keperluan Bahasa Inggeris yang telah ditetapkan oleh Sekolah Pengajian Siswazah, Universiti Putra Malaysia. Keterangan lanjut mengenai keperluan bahasa inggeris boleh dirujuk di laman sesawang berikut:

http://sgs.upm.edu.my/content/english_language_requirement-40581?L=en 

 

 

STRUKTUR PROGRAM

 

KERJA KURSUS

Pelajar perlu mendaftar 9 kredit kerja kursus seperti berikut:

  • 1 kursus wajib (kaedah penyelidikan)- 3 kredit
  • 2 kursus elektif- 3 kredit setiap satu kursus

 

(Pelajar antarabangsa perlu mendaftar kursus Bahasa Melayu dan memenuhi keperluan Bahasa Inggeris di semester pertama pengajian.)

SEMINAR PROPOSAL PENYELIDIKAN

Pelajar perlu lulus SPS6903 (Seminar Proposal Penyelidikan)  pada awal pengajiannya. Melalui kursus ini, pelajar perlu membentangkan cadangan penyelidikannya yang akan dinilai oleh panel penilai yang dilantik.

Pelajar hanya dibenarkan untuk meneruskan penyelidikannya ke tahap seterusnya setelah lulus SPS6903 (Seminar Proposal Penyelidikan).

PEPERIKSAAN KOMPREHENSIF

Pelajar perlu mengambil Peperiksaan Komprehensif (CE) yang bertujuan untuk menilai pengetahuan pelajar dalam bidang penyelidikannya, kemampuannya untuk mengintegrasikan pengetahuan penyelidikan dan teori yang berkaitan dengan isu-isu yang penting untuk bidang kajian dan pemahamannya mengenai reka bentuk dan metodologi penyelidikan yang relevan.

TESIS

Pelajar meneruskan proses pengumpulan dan analisis data serta kemudiannya penulisan tesis.

PEPERIKSAAN VIVA

Setelah menyerahkan tesis, pelajar dikehendaki menghadiri peperiksaan viva-voce untuk mempertahankan tesisnya secara lisan.

 

 

YURAN

 

Yuran pengajian bagi Program Doktor Falsafah (secara penyelidikan) boleh dirujuk di laman sesawang Sekolah Pengajian Siswazah, Universiti Putra Malaysia berikut:

http://sgs.upm.edu.my/content/tuition_fees-40583 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kemaskini:: 29/05/2023 [m_syida]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397694090
0389480017
SXDdPAm~